Sabtu, 14 March 2020 | 8:15am
Gambar dikeluarkan Institut Antartika Argentina menunjukkan rangka sayap bersama penguin berusia 43 juta tahun yang ditemui di Pulau Marambio, Antartika, Argentina. - Foto AFP
Gambar dikeluarkan Institut Antartika Argentina menunjukkan rangka sayap bersama penguin berusia 43 juta tahun yang ditemui di Pulau Marambio, Antartika, Argentina. - Foto AFP

Fosil kulit penguin berusia 43 juta tahun ditemui di Argentina

BUENOS AIRES: Penyelidik Argentina mengumumkan penemuan fosil kulit pada sisa sayap penguin berusia 43 juta tahun di Pulau Marambio di Antartika.

Fosil itu ditemui ketika misi penyelidikan pada 2014 sebelum dibawa untuk kajian di Muzium La Plata oleh paleontolog Argentina, Carolina Acosta Hospitaleche,

Fosil kulit milik Palaeeudyptes gunnari, satu daripada spesies penguin yang pupus yang tinggal di Antartika ketika zaman Eocene, sekitar 56 hingga 34 juta tahun yang lalu.

Pada ketika itu, Antartika diliputi hutan dan dipenuhi fauna yang pelbagai.

"Fosilisasi kulit sayap ini unik kerana ia adalah contoh yang pertama dipulihara,” kata Acosta Hospitaleche.

"Kulit itu dipulihara sebagai fosil di kedua-dua permukaan sayapnya, menyelubungi tulang dalam kedudukan asalnya," katanya. - AFP

Berita Harian X