Khamis, 12 March 2020 | 11:10am
Tom Hanks mengesahkan beliau bersama isteri, Rita Wilson, didapati positif COVID-19. - Foto AFP
Tom Hanks mengesahkan beliau bersama isteri, Rita Wilson, didapati positif COVID-19. - Foto AFP

Tom Hanks, isteri positif COVID-19

LOS ANGELES: Pelakon terkenal, Tom Hanks, semalam mengesahkan beliau bersama isteri, Rita Wilson, telah didapati positif COVID-19.

Hanks, 63, berkata mereka berdua demam ketika berada di Australia di mana beliau dilaporkan sedang menjalani penggambaran sebuah filem baharu yang memaparkan kisah hidup Elvis Presley.

“Sebagai langkah wajar, seperti yang diperlukan dunia ketika ini, kami diuji untuk coronavirus dan didapati positif,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Instagram.

Beliau memaklumkan, kedua-dua mereka kini dikuarantin dan dipantau.

“Kami akan mengemas kini perkembangan kepada semua,” katanya yang turut memuat naik sekeping gambar sarung tangan di dalam beg sampah ‘biohazard’.

Hanks adalah bintang utama Hollywood yang pertama memberitahu secara terbuka bahawa dirinya positif virus sedang melanda seluruh dunia itu.

Menurut laporan Deadline Hollywood, filem mengenai Presley arahan Baz Luhrmann itu menampilkan Hanks dengan watak sebagai Kolonel Tom Parker, iaitu pengurus lama kepada penyanyi legenda berkenaan. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X