Jumaat, 28 Februari 2020 | 11:37am
Calon Demokrat yang juga Senator dari Vermont, Bernie Sanders, ketika berucap pada kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat di Manchester, New Hampshire. Foto AFP
Calon Demokrat yang juga Senator dari Vermont, Bernie Sanders, ketika berucap pada kempen pemilihan Presiden Amerika Syarikat di Manchester, New Hampshire. Foto AFP

Presiden Yahudi pertama AS?

WASHINGTON: Walaupun Bernie Sanders dan Michael Bloomberg amat berbeza dari segi pegangan politik, kemenangan salah seorang daripada mereka bakal menyaksikan Presiden Yahudi pertama bagi Amerika Syarikat (AS).

Sekiranya Sanders, calon Demokrat yang mendahului perlumbaan presiden atau Bloomberg, seorang bilionair di tempat ketiga dalam pertandingan pemilihan presiden, maka AS akan menyaksikan presiden Yahudi pertama di Rumah Putih.

Pertandingan Presiden AS kali ini adalah yang paling hampir menandakan kemuncak pencapaian masyarakat Yahudi.

Hakikatnya, dua calon terbabit mempunyai peluang yang cerah pada pertandingan tahun ini, 16 bulan selepas pelampau kulit putih membunuh 11 warga Yahudi bersembahyang di sebuah rumah ibadat.

Namun, kedua-duanya turut mengundang keresahan pengundi di AS kerana Sanders dianggap sebagai sosialis demokratik manakala Bloomberg dituduh menggunakan kekayaannya untuk menyertai pertandingan presiden.

Sejak beberapa dekad lalu, majoriti besar penduduk Yahudi AS mengundi calon Demokrat dan lebih dua pertiga daripada mereka tidak menyokong presiden AS sedia ada, Donald Trump.

Bagaimanapun, hanya 11 peratus pengundi Yahudi menyokong Sanders sebagai presiden manakala lapan peratus membelakangi Bloomberg.

Di sebalik Trump terus menyemarakkan perang budaya. selain peningkatan keganasan terhadap penduduk Yahudi, kemenangan Sanders atau Bloomberg amat bermakna dalam lipatan sejarah AS.

Kumpulan pro-Israel di AS bagaimanapun menegaskan tidak akan menyatakan sokongan terhadap mana-mana calon tetapi akan mengundi sesiapa saja dicalonkan Demokrta bagi menentang Trump. - AGENSI

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X