Ahad, 5 Januari 2020 | 12:54pm
Menteri Luar Britain, Dominic Raab. - Foto AFP
Menteri Luar Britain, Dominic Raab. - Foto AFP

Pembunuhan Soleimani: Dominic akan bertemu Mike di Washington

LONDON: Menteri Luar Britain, Dominic Raab, dijangka mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo, di Washington, Khamis ini.

Pertemuan itu bagi membincangkan isu pembunuhan ketua sayap operasi asing Iran, Pasukan Quds, Qasem Soleimani, selepas Dominic bertemu rakan sekutunya dari Perancis dan Jerman, awal minggu ini.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson yang masih belum memberi sebarang maklum balas mengenai insiden pembunuhan Soleimani juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin politik dalam tempoh terdekat.

Katanya, Boris berkemungkinan mengadakan perbincangan bersama Presiden AS, Donald Trump; Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. - Reuters

Berita Harian X