Isnin, 23 Disember 2019 | 10:28am
Khemah perlindungan kapal angkasa Boeing CST-100 Starliner, yang telah dilancarkan pada roket Perikatan United Launch Atlas V, dibuka selepas mendarat dengan payung terjun berikutan ujian Penerbangan Orbital yang disingkat untuk program Crew Commercial NASA di White Sands, New Mexico, Amerika Syarikat. - Foto REUTERS

Starliner Boeing bermasalah, selamat mendarat di New Mexico

WASHINGTON: Kapal angkasa milik Boeing, Starliner selamat mendarat di New Mexico semalam, enam hari lebih awal selepas mengalami masalah jam sekali gus gagal mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) seperti dijadualkan.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) bagaimanapun tetap berbangga dan tidak menganggap ia satu kegagalan walau kapsul angkasa tanpa pemandu itu gagal mendarat di ISS.

“Benar kami berdepan beberapa masalah, namun banyak perkara berjalan lancar seperti dirancang,” kata Pentadbir NASA, Jim Bridenstine kepada wartawan.

Kapsul Staliner berkenaan dilancarkan Jumaat lalu dari Cape Canaveral Floria namun sebaik berpisah daripada pelancar roket Atlas V, penujah gagal berfungsi seperti dirancang mengakibatkan ia tidak dapat mencapai ketinggian orbit yang mencukupi.

Difahamkan ujian pelancaran itu adalah perancangan utama NASA dalam usaha menamatkan pergantungan terhadap Russia.

Reputasi syarikat itu terjejas akibat dua kemalangan maut membabitkan dua pesawat 737 Max. Nahas pada Oktober 2018 di Indonesia dan pada Mac 2019 di Habsyah mengorbankan sejumlah 346 nyawa.

Boeing merancang untuk menggantung pengeluaran kapal terbangnya bermula Januari depan. - AFP

Berita Harian X