Sabtu, 9 November 2019 | 8:09am

Eksekutif veteran Amazon, Steve Kessel bersara

NEW YORK: Eksekutif veteran gergasi e-dagang Amazon.com Inc, Steve Kessel akan berundur dari syarikat itu selepas berkhidmat selama 20 tahun, kata seorang jurucakap kepada Reuters hari ini.

Naib Presiden Kanan Amazon yang sebelum ini bertanggungjawab ke atas kejayaan “Kindle” dan “Amazon Go” itu berkata, beliau akan memfokus kepada khidmat komuniti dan kerja yang bukan berasaskan keuntungan.

Bermula Januari, Dave Clark yang bertanggungjawab ke atas rantaian bekalan global dan logistik syarikat akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kessel. - Reuters

Berita Harian X