Sabtu, 2 November 2019 | 7:36am
Orang ramai mengibarkan bendera dan kain pemidang ketika mengadakan tunjuk perasaan di Santiago, Chile. Foto Reuters
Orang ramai mengibarkan bendera dan kain pemidang ketika mengadakan tunjuk perasaan di Santiago, Chile. Foto Reuters

Ribuan terus bantahan terhadap Kerajaan Chile

SANTIAGO: Kira-kira 1,000 wanita berpakaian hitam berarak secara aman di sini, semalam, bagi menuntut keadilan mangsa yang maut dan cedera dalam pergolakan sejak dua minggu lalu.

Menurut institut hak asasi manusia kebangsaan (INDH), kesemua mereka berkumpul bagi memperingati 20 mangsa yang terbunuh, selain lebih 1,300 lagi yang cedera sepanjang protes berkenaan.

“Kami tidak akan berundur sehingga kerajaan memberi penjelasan mengenai punca kematian mereka.

“Kami berada seperti dikhianati oleh kerajaan,” kata seorang pelajar, Marco, 22 tahun kepada AFP.

Sementara itu, di dataran Plaza Italia, yang menjadi pusat gerakan tunjuk perasaan sejak dua minggu lalu, ribuan penduduk mengibarkan bendera Chile dan penduduk asli Mapuche.

Mereka berang mengenai kadar gaji dan pencen yang rendah, kemudahan kesihatan awam serta pendidikan yang tidak berkualiti dan peningkatan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin. - AFP

Berita Harian X