Khamis, 31 Oktober 2019 | 11:24am
PESAKIT bercakap dengan doktor yang berada di sebelah tabir pembedahan berwarna biru.
PESAKIT bercakap dengan doktor yang berada di sebelah tabir pembedahan berwarna biru.

Hospital Texas siar pembedahan otak secara langsung di FB

WASHINGTON: Seorang wanita di Texas mampu bercakap dengan doktor ketika pembedahan otak dijalankan ke atasnya, dan penduduk seluruh dunia menontonnya, sebagai sebahagian prosedur yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Menjelang semalam, hampir 100,000 orang menonton doktor mengeluarkan ketulan besar daripada otak Jenna Schardt ketika video pembedahan selama 40 minit yang disiarkan pagi kelmarin.

Dalam video itu, pesakit berusia 25 tahun berkenaan dilihat bercakap dengan doktor yang berada di sebelah tabir pembedahan berwarna biru ketika pakar memakai topeng pembedahan membedah otaknya di sebelah lagi.

Schardt mengalami serangan angin ahmar disebabkan banyak saluran darah di lobus temporal kiri yang menjejaskan kemampuannya untuk bercakap, kata ketua saraf Pusat Perubatan Methodist Dallas, Nimesh Patel.

Beliau kekal sedar ketika tengkoraknya dibuka supaya doktor dapat memastikan ia tidak merosakkan beberapa bahagian otak yang mengawal percakapan ketika mereka melakukan pembedahan.

Mereka dilihat meminta Schardt menyebut perkataan seperti burung, anjing atau nombor dalam turutan untuk membuat ‘peta’ otaknya, kata Patel.

“Dalam usaha kami mengenal pasti bagaimana untuk mendapatkan dan membuang ketulan, kami perlu pastikan bahagian yang selamat,” kata Patel.

Mereka, malah meminta Schardt bercerita mengenai anjingnya untuk menguji memori beliau sepanjang pembedahan selama empat setengah jam itu.

“Pembedahan otak ketika pesakit sedar, walaupun ini ada dalam kemahiran kami, ia bukan rutin.

“Ia bergantung kepada di mana letaknya bahagian dalam otak dan jika pesakit mahu disedarkan atau ditidurkan,” katanya. — AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X