Ahad, 27 Oktober 2019 | 1:34pm
Abu Bakr al Baghdadi dipercayai meninggal dunia selepas tentera Amerika Syarikat menggempur wilayah Idlib, Syria. - Foto fail AFP
Abu Bakr al Baghdadi dipercayai meninggal dunia selepas tentera Amerika Syarikat menggempur wilayah Idlib, Syria. - Foto fail AFP

Pemimpin Daesh dipercayai 'mati' di Syria

WASHINGTON: Pemimpin kumpulan militan Daesh, Abu Bakr al Baghdadi dipercayai meninggal dunia selepas tentera Amerika Syarikat menggempur wilayah Idlib, Syria, lapor media negara itu, hari ini.

Menurut laporan media yang memetik beberapa sumber kerajaan berkata, Baghdadi mungkin membunuh diri dengan meletupkan jaket ketika serangan operasi khas tentera terbabit.

Baghdadi dikatakan menubuh gerakan jihad ganas hingga mempunyai kekuatan tersendiri dengan menguasai beberapa wilayah yang dikenali sebagai ‘khalifah’ di seluruh Syria dan Iraq. - AFP

Berita Harian X