Sabtu, 26 Oktober 2019 | 12:03pm
PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA
PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA

Lebih sejuta berhimpun desak Presiden Chile letak jawatan

SANTIAGO: Lebih sejuta penduduk Chile melakukan demonstrasi jalanan semalam, bantahan besar-besaran dalam masa seminggu menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera.

Pemimpin perhimpunan berkata beliau mendengar mesej yang disiarkan dalam Twitter, menggambarkan tunjuk perasaan itu dalam nada positif dan sebagai cara ke arah perubahan.

Penunjuk perasaan membawa bendera pribumi dan kebangsaan sambil menyanyikan lagu tentangan popular ketika pentadbiran diktator Augusto Pinochet pada 1973 hingga 1990 ketika negara itu, yang selalu dilihat sebagai antara paling stabil di Amerika Latin, bergelut dengan keganasan terburuk dalam masa beberapa dekad.

Gabenor Santiago, Karla Rubilar, menggambarkan ia sebagai ‘hari bersejarah’ di Twitter, memuji perarakan aman yang mewakili impian Chile baharu.

PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA
PENDUDUK Chile mengadakan demonstrasi di Santiago, bagi menuntut pembaharuan ekonomi dan pengunduran Presiden Sebastian Pinera. - Foto EPA

Rubilar berkata, lebih sejuta mengadakan demonstrasi di seluruh negara, manakala dewan bandar raya Santiago meletakkan jumlah penduduk yang berarak di ibu kota itu seramai 820,000, memetik kenyataan polis.

Sejak minggu lalu, kemarahan penduduk Chile diluahkan dalam bentuk tunjuk perasaan terhadap struktur sosio-ekonomi yang dirasakan ramai meminggirkan mereka, dengan gaji dan pencen rendah, penjagaan kesihatan dan pendidikan mahal dan jurang besar antara kaya dan miskin.

Pinera, hartawan konservatif, menulis di Twitter bahawa perarakan besar, gembira dan aman, yang menyaksikan rakyat menuntut Chile yang lebih adil, membuka laluan hebat bagi masa hadapan dan harapan.

“Kita semua mendengar mesej. Kita semua berubah.

“Dengan bantuan Tuhan, kita akan menggerakkan Chile yang lebih baik untuk semua,” kata Pinera. — AFP

Berita Harian X