Isnin, 9 September 2019 | 11:56pm
PRESIDEN Donald Trump. - Foto Reuters

Undi tidak percaya Trump bakal jadi siasatan rasmi

WASHINGTON: Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Demokrat akan mempertimbangkan sama ada penentuan usul undi tidak percaya Presiden Donald Trump akan dijadikan siasatan rasmi.

Panel itu berharap dapat menentukan sama ada mencadangkan undi tidak percaya Trump kepada dewan menjelang akhir tahun ini.

Ia akan mengadakan mesyuarat pada jam 8.00 pagi esok untuk menentukan satu resolusi yang akan membuka ruang soalan lebih agresif kepada saksi ketika perbicaraan.

Difahamkan, langkah itu juga akan membolehkan Rumah Putih menjawab secara bertulis kepada bukti dan kenyataan yang diberikan.

Dokumen setebal lima muka surat itu turut menggariskan prosedur menilai bahan sensitif termasuk bukti juri dalam sesi tertutup.

“Penggunaan prosedur tambahan ini akan memastikan perbicaraan undi tidak percaya menyediakan lebih banyak maklumat kepada Kongres dan umum.

“Ia juga membolehkan presiden menjawab bukti yang ditunjuk kepada beliau,” menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kehakiman dewan, Jerrold Nadler. - Reuters

994 dibaca
Berita Harian X