Ahad, 8 September 2019 | 8:16am
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan pembatalan pertemuan rahsia di Kem David bersama pemimpin Taliban dan Presiden Afghanistan susulan pengeboman di Kabul, minggu lalu. - Getty Image

Serangan di Kabul, Trump batal pertemuan rahsia di Kem David

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan pembatalan pertemuan rahsia di Kem David bersama pemimpin Taliban dan Presiden Afghanistan susulan pengeboman di Kabul, minggu lalu.

“Mereka sepatutnya datang ke Amerika Syarikat malam ini. Malangnya mereka mengaku terbabit dalam serangan di Kabul yang meragut nyawa seorang tentera kita dan 11 yang lain.

“Saya mengambil keputusan segera membatalkan pertemuan itu dan turut membatalkan rundingan kedamaian,” kata Trump menerusi Twitter, merujuk kepada pihak Taliban.

Kabul diselubungi peningkatan serangan berani mati walaupun selepas AS dan pihak pemberontak mencapai kata sepakat yang menyaksikan pengunduran pasukan tentera negara itu dari Afghanistan, sebagai tukaran kepada jaminan keselamatan oleh Taliban. - AFP

1653 dibaca
Berita Harian X