Sabtu, 7 September 2019 | 3:02pm
Elis A. Barreto Ortiz

AS kenal pasti tenteranya yang terbunuh di Afghanistan

WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan hari ini bahawa anggota tenteranya yang terbunuh akibat bom yang diubahsuai di Afghanistan dikenal pasti sebagai Sarjan Kelas Pertama, Elis A. Barreto Ortiz dari Puerto Rico.

Barreto, 34 yang berpangkalan di Fort Bragg, Carolina Utara terbunuh Khamis lalu apabila sebuah bom yang diletakkan di dalam sebuah kenderaan meletup dalam satu serangan bunuh diri berhampiran kenderaannya di Kabul Afghanistan, kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Mangsa adalah seorang anggota paratrooper dan sarjan di bahagian kawalan penyelenggaraan, Batalion Sokongan 82 Briged.

Seorang tentera Romania turut terkorban dalam serangan itu. Insiden itu kini sedang di siasat. - Reuters

330 dibaca
Berita Harian X