Rabu, 28 Ogos 2019 | 9:25pm
Kapal pemusnah tentera laut AS, Wayne E Meyer menjalankan operasi itu dengan berlayar dalam jarak 12 batu nautika dari Terumbu Fiery Cross dan Mischief.
Kapal pemusnah tentera laut AS, Wayne E Meyer menjalankan operasi itu dengan berlayar dalam jarak 12 batu nautika dari Terumbu Fiery Cross dan Mischief.

Kapal perang AS berlayar di Laut China Selatan cabar China

WASHINGTON: Sebuah kapal pemusnah tentera laut Amerika Syarikat (AS) berlayar berhampiran kepulauan yang dituntut China di Laut China Selatan, hari ini dan tindakan itu dijangka menimbulkan kemarahan Beijing, ketika hubungan kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia terbabit tegang.

Laluan perkapalan sibuk itu adalah salah satu pertikaian antara AS dan China selain perang dagangan, sekatan AS dan isu Taiwan.

Semalam, Reuters melaporkan China menolak permohonan sebuah kapal tentera laut AS berkunjung ke bandar pelabuhan Qingdao, China.

Kapal pemusnah tentera laut AS, Wayne E Meyer menjalankan operasi itu dengan berlayar dalam jarak 12 batu nautika dari Terumbu Fiery Cross dan Mischief, kata jurucakap armada ketujuh tentera laut AS, Komander Reann Mommsen.

“Operasi ini dilakukan untuk mencabar tuntutan maritim keterlaluan dan melindungi akses perkapalan mengikut undang-undang antarabangsa,” katanya. - Reuters

Berita Harian X