Selasa, 27 Ogos 2019 | 1:10pm
Dari kiri, Gigi Hadid, Taylor Swift, Halsey, Bella Hadid dan Todrick Hall bergambar ketika Anugerah Muzik Video MTV 2019 di Prudential Center Newark, New Jersey, semalam. -Foto AFP
Dari kiri, Gigi Hadid, Taylor Swift, Halsey, Bella Hadid dan Todrick Hall bergambar ketika Anugerah Muzik Video MTV 2019 di Prudential Center Newark, New Jersey, semalam. -Foto AFP

Kuasa wanita ungguli VMA

NEW YORK: Penyanyi Taylor Swift berjaya membawa pulang dua anugerah termasuk video sepanjang tahun dalam Anugerah Muzik Video MTV (VMA) semalam, sementara penyanyi rap Cardi B memenangi video terbaik hip-hop.

Swift membuka tirai persembahan bertemakan pelangi menerusi single terbaharunya yang pro-LGBTQ, ‘You Need to Calm Down,’ diikuti persembahan langsung pertama ballad romantik ‘Lover’, single utama album paling laris dengan nama sama.

‘You Need to Calm Down’ memberi penyanyi lagu country bertukar pop itu satu daripada anugerah teratas, video sepanjang tahun yang disampaikan semalam. Ia juga meraih hadiah ‘video terbaik’ untuk lagu meningkatkan kesedaran.

Sambil menerima anugerah video sepanjang tahun, Swift berkata, oleh kerana VMA dipilih peminat: “Ia bermaksud anda mahukan dunia yang mana kita dilayan sama rata mengikut undang-undang.”

Swift dan penyanyi pop Ariana Grande setiap seorang mengetuai 10 pencalonan dan masing-masing bertanding untuk anugerah lagu sepanjang tahun, pop terbaik dan video sepanjang tahun di Newark, New Jersey.

Grande, ketika ini mengadakan jelajah di Eropah dan tidak hadir majlis semalam, adalah pencabar untuk anugerah utama, artis sepanjang tahun bersama Cardi B, pendatang baharu berusia 17 tahun, Billie Eilish, Halsey, Jonas Brother dan Shawn Mendes.

Pencabar artis baharu terbaik, Lizzo mengadakan persembahan lagu hitnya, ‘Truth Hurts’ dan ‘Good as Hell’ diiringi penari bersaiz besar, dalam mesej tubuh positif.

Pemenang lelaki termasuk kumpulan lelaki dari Korea, BTS yang menang untuk anugerah K-Pop terbaik, Jonas Brothers yang baharu bergabung semula, pendatang baharu Lil Nas dan Mendes. -Reuters

Berita Harian X