Jumaat, 2 Ogos 2019 | 7:27am
Gempa bumi 6.8 magnitud melanda kawasan perairan Chile. Foto Agensi
Gempa bumi 6.8 magnitud melanda kawasan perairan Chile. Foto Agensi

Gempa bumi 6.8 magnitud landa Chile

SANTIAGO: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud menggegarkan kawasan pantai Chile semalam, namun setakat ini tiada laporan kerosakan diterima pihak berkuasa.

“Pada mulanya, gempa bumi itu dicatatkan berukuran 6.5 magnitud dan dilaporkan berlaku kira-kira 140 kilometer di barat daya bandar Valparaiso di tengah Chile.

“Ia berlaku di kawasan yang cetek di bawah dasar laut,” kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pejabat Kecemasan Kebangsaan Chile dalam satu kenyataan berkata, setakat ini tiada kecederaan, kerosakan atau gangguan kepada kemudahan asas dilaporkan.

Namun, menurut kenyataan itu, beberapa agensi kerajaan sedang memantau situasi berkenaan.

“Maklumat yang diterima daripada tentera laut juga mendapati gempa bumi itu tidak mencetuskan ancaman tsunami,” kata kenyataan itu. - Reuters

Berita Harian X