Jumaat, 3 Mei 2019 | 11:02am
Lukisan pintu sel penjara yang dihasilkan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, di Pulau Robben, tempat beliau ditahan selama 18 tahun, dijual di New York pada harga AS$112,575 (RM466,230) semalam. - Foto AFP
Lukisan pintu sel penjara yang dihasilkan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, di Pulau Robben, tempat beliau ditahan selama 18 tahun, dijual di New York pada harga AS$112,575 (RM466,230) semalam. - Foto AFP

Lukisan pintu penjara Mandela terjual pada harga RM466,000

NEW YORK: Lukisan pintu sel penjara yang dihasilkan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, di Pulau Robben, tempat beliau ditahan selama 18 tahun, dijual di New York pada harga AS$112,575 (RM466,230) semalam.

‘The Cell Door, Robben Island’, yang lengkap pada 2002 oleh Mandela melepasi harga jangkaan yang diputuskan Bonhams yang meletakkan harganya sekitar AS$60,000 hingga AS$90,000 (RM248,000 hingga RM372,000).

Lukisan menggunakan krayon itu menunjukkan beberapa batang besi pintu sel dan kunci di lubang kunci, dilukis menggunakan warna ungu.

Hasil kerja itu adalah antara beberapa yang disimpan Mandela, yang dipenjarakan selama 27 tahun dan memberi inspirasi kepada perjuangan menentang aparteid, sehingga kematiannya pada 2013.

Anak perempuan Mandela, Pumla Makaziwe Mandela, sebelum ini memiliki lukisan itu.

Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu menghasilkan 20 hingga 25 lukisan, menurut pengarah pusat lelongan seni Afrika moden, Giles Peppiatt.

Lukisan itu adalah antara enam hasil seni yang melepasi harga AS$100,000 (RM414,000) pada penjualan seni Afrika semalam. — AFP

Berita Harian X