Isnin, 18 March 2019 | 7:10pm
Laman GoFundMe di https://www.gofundme.com/f/christchurch-mosques-fundraiser
Laman GoFundMe di https://www.gofundme.com/f/christchurch-mosques-fundraiser

Selebriti Hollywood tubuh dana untuk mangsa Christchurch

LOS ANGELES: Serangan pengganas di masjid di Christchurch mendorong pengurus kumpulan U2 dan penyanyi Madonna menubuhkan laman GoFundMe untuk membantu mangsa kekejaman itu.

Selebriti Hollywood kelas A termasuk Madonna, Ben Stiller, Chris Rock dan Josh Brolin, sudah pun memberi sumbangan ribuan dolar kepada dana yang ditubuhkan untuk mangsa serangan pengganas itu.

Laman GoFundMe sudah mencecah AS$88,000 (RM358,000) daripada sasaran memperoleh AS$100,000 (RM407,000) selepas ditubuhkan pengurus Madonna, Guy Oseary dan kumpulan U2, yang menjanjikan sumbangan AS$18,000 (RM73,000).

Dalam laman itu, Oseary menulis: “Saya baca mengenai butiran menakutkan dan tidak berani menyaksikan klip rakaman amat mengganggu itu.

“Kami akan bekerjasama dengan GoFundMe untuk memastikan semua dana diserahkan kepada pertubuhan yang menyediakan sokongan kepada keluarga mangsa dan komuniti.

“Kami juga akan menyediakan maklumat tambahan mengenai pengedaran dana sebaik ia dapat dilakukan dan mencari pertubuhan terbaik di New Zealand untuk menerima apa yang berjaya dikutip.” — Agensi

Berita Harian X