Rabu, 21 November 2018 | 1:55pm
Gambar fail menunjukkan roket Falcon Heavy milik SpaceX berlepas dari tapak pelancaran di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Cape Canaveral, Florida Februari lalu. -Foto Reuters

NASA kaji budaya 'bebas dadah' di SpaceX, Boeing

WASHINGTON: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) berkata semalam, ia akan mengkaji budaya keselamatan di tempat kerja di SpaceX dan Boeing Co, ketika dua syarikat berkenaan bersiap sedia menerbangkan angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

NASA berkata, ia akan menjalankan satu ‘kajian penilaian budaya’ syarikat berkenaan, ‘termasuk pematuhan kepada persekitaran bebas dadah,’ sebelum ujian penerbangan kru dijadualkan beberapa bulan akan datang.

“Kami menjangka sepenuhnya rakan komersial kami memenuhi semua syarat keselamatan di tempat kerja ketika melaksanakan misi kami,” kata NASA dalam satu kenyataan.

NASA tidak memberi butiran lanjut alasan di sebalik tindakan itu namun akhbar The Washington Post yang melaporkan tindakan pengasas SpaceX, Elon Musk minum Whiskey dan menghisap ganja ketika penerbangan secara langsung September lalu, menaikkan kemarahan pemimpin agensi.


Elon Musk

SpaceX dan Boeing adalah dua kontraktor utama dipilih di bawah program kru komersial NASA untuk menghantar angkasawan ke angkasa lepas tahun depan, menggunakan kapal angkasa Dragon dan Starliner. -Reuters


Kapal angkasa lepas Dragon dan Starliner milik SpaceX dan Boeing. -Foto Agensi

Berita Harian X