Ahad, 7 Oktober 2018 | 2:17pm

11 terkorban dalam gempa bumi di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dalam gempa bumi berukuran 5.9 magnitud di Haiti semalam yang turut menyaksikan kemusnahan harta benda di negara Caribbean itu, kata pihak berkuasa.

Menurut Pusat Kajian Geoloji Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak pada kira-kira 19 kilometer di barat laut bandar Port-de-Paix.

Jurucakap kerajaan, Eddy Jackson Alexis berkata, 11 orang dilaporkan terkorban setakat ini.

Tambahnya, pasukan petugas tindak balas bencana sudah ditubuh dan dikerah ke lokasi kejadian. - AFP

Berita Harian X