Ahad, 7 Oktober 2018 | 10:19am

Gempa bumi 5.9 magnitud gegar Haiti

PLAISANCE: Gempa bumi berukuran 5.9 magnitud menggegarkan utara Haiti, kira-kira 19.9 kilometer di barat laut pelabuhan Port-de-Paix semalam, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gegaran itu meruntuhkan sebuah rumah dan merosakkan sebahagian bangunan gereja di Plaisance, kata seorang wartawan Haiti, Frantz Duval, dari akhbar Le Nouvelliste di Twitter. - Reuters

Berita Harian X