Selasa, 10 Julai 2018 | 1:22pm

70 maut gelombang panas landa Kanada

MONTREAL: Seramai 70 penduduk dilaporkan maut apabila gelombang panas melanda Quebec di timur Kanada, iaitu meningkat berbanding 54 mangsa, sebelum ini.

Menurut Kementerian Kesihatan wilayah, daripada jumlah itu, seramai 34 mangsa dilaporkan maut di Montreal.

Gelombang panas melanda timur Kanada sejak Julai lalu, tetapi kes kematian hanya dicatatkan di Quebec, berikutan paras suhu yang tinggi dan cuaca terik.

Pada 2010, kira-kira 100 penduduk di Montreal akibat cuaca panas. - AFP

Berita Harian X