Rabu, 6 Jun 2018 | 11:00am

Polis AS tahan 11 suspek pornografi kanak-kanak

MIAMI: Seramai 11 lelaki Florida ditahan, termasuk kakitangan Disney dan Legoland serta sukarelawan pengakap, kerana memiliki dan mengedarkan bahan pornografi kanak-kanak, kata polis.

Sejumlah 660 pendakwaan dibuat setakat ini terhadap 11 suspek dalam operasi yang dikenali sebagai 'Guardians of Innocence II' oleh jabatan polis Polk County di tengah Florida sepanjang Mei.

Sheriff Grady Judd berkata sebaik mengeluarkan waran geledah dan merampas perkakasan yang digunakan oleh suspek untuk memuat turun dan mengedarkan pornografi, pihaknya akan melakukan analisis forensik yang lengkap.

Seorang pengurus projek di jabatan kostum taman tema Disney World Orlando, Roger Catey, 53 turut ditahan.

"Ibu bapa wajib tahu laman yang sering dilawati anak-anak, kerana di mana anak saja mereka berada, di situlah pemangsa menanti," kata Judd. - AFP

Berita Harian X