Ahad, 3 Jun 2018 | 10:51pm
ANGKASAWAN Rusia, Anton Shkaplerov (tengah), angkasawan Amerika Syarikat, Scott Tingle (kanan) dan angkasawan Jepun, Norishige Kanai (kiri) duduk di kerusi sejurus selepas mendarat di Kazakhstan, Zhezkazgan, Kazakhstan. - Foto EPA
ANGKASAWAN Rusia, Anton Shkaplerov (tengah), angkasawan Amerika Syarikat, Scott Tingle (kanan) dan angkasawan Jepun, Norishige Kanai (kiri) duduk di kerusi sejurus selepas mendarat di Kazakhstan, Zhezkazgan, Kazakhstan. - Foto EPA

3 angkasawan kembali dengan bola rasmi Piala Dunia

ASTANA: Angkasawan Russia, Anton Shkaplerov, dalam perjalanan pulang ke Bumi hari ini bersama-sama dengan bola sepak pertandingan rasmi yang akan digunakan lewat bulan ini pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di Moscow.

Shkaplerov dan dua lagi angkasawan, Scott Tingle, dari Amerika Syarikat dan Norishige Kanai dari Jepun, berlepas dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dalam kapsul Soyuz MS-07 dan memulakan penurunan pada jam 3.16 petang waktu Kazakhstan, menurut agensi angkasa lepas Russia, Roscosmos.

Mereka dijangka mendarat di negara itu kira-kira jam 6.40 petang waktu tempatan selepas berada 168 hari di angkasa lepas.

Roscosmos, Khamis lalu menyiarkan video

Shkaplerov dan rakan senegaranya, Oleg Artemyev, berlatih menggunakan bola Adidas Telstar 18 di ISS.

Agensi berita Russia, TASS, melaporkan bola itu dirancang digunakan ketika perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018 di Moscow pada 14 Jun ini, walaupun FIFA tidak mengesahkan maklumat itu.

Shkaplerov, Tingle dan Kanai berada lebih lima bulan di angkasa lepas melakukan pelbagai uji kaji saintifik. - AFP

Berita Harian X