Khamis, 3 Mei 2018 | 9:50am
KEPULAUAN Spratly. - Foto Reuters
KEPULAUAN Spratly. - Foto Reuters

China pertingkat kemudahan tentera di Spratly

WASHINGTON: China dilaporkan sudah memasang sistem peluru berpandu permukaan ke udara dan menempatkan kapal anti peluru berpandu di tiga pos kawalan miliknya di Laut China Selatan.

Perkara itu didedahkan oleh rangkaian berita CNBC, yang memetik sumber yang rapat dengan laporan perisikan Amerika Syarikat.

Ia boleh dianggap sebagai penempatan peluru berpandu pertama oleh China di Kepulauan Spratly, yang menjadi pertikaian antara beberapa negara ASEAN, termasuk Taiwan.

Kementerian Pertahanan China masih belum memberikan kenyataan berhubung laporan berkenaan.

Sementara itu, CNBC yang memetik sumber melaporkan, berdasarkan pemantauan perisikan Amerika Syarikat, peluru berpandu itu dipindahkan ke kawasan terumbu karang Fiery Cross, Subi dan Mischief dalam tempoh 30 hari lalu.

CNBC berkata, kapal anti peluru berpandu YJ-12B mampu menembak sasaran dalam jarak 295 batu nautika, manakala sistem peluru berpandu permukaan ke udara HQ-9B mampu menyasarkan pesawat, dron dan kapal peluru berpandu dalam jarak 160 batu nautika. - Reuters

Berita Harian X