Khamis, 30 November 2017 | 7:06am
NIKKI Haley (tengah) bercakap pada persidangan tergempar Majlis Keselamatan PBB.- Foto Reuters
NIKKI Haley (tengah) bercakap pada persidangan tergempar Majlis Keselamatan PBB.- Foto Reuters

Korea Utara musnah jika perang: Duta AS

NEW YORK: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran regim Korea Utara bakal 'musnah' jika perang meletus.

Nikki Haley mengeluarkan kenyataan itu selepas Pyongyang melancarkan ujian Peluru Berpandu Antara benua (ICBM) semalam.

"Jika perang meletus, jangan lakukan kesilapan, regim Korea Utara bakal musnah," kata Haley ketika persidangan tergempar Majlis Keselamatan PBB.

Pada masa sama, Haley turut menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pyongyang susulan ujian ICBM itu.

"Kami menyeru semua negara agar memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara," katanya. - AFP

Berita Harian X