Ahad, 19 November 2017 | 12:56pm
PRESIDEN Haiti, Jovenel Moise (tengah). - Foto Reuters

Haiti tubuh semula angkatan tentera

CAP-HAITIEN/PORT-AU-PRINCE: Presiden Haiti, Jovenel Moise semalam mengumumkan penubuhan semula angkatan tentera negara itu selepas 22 tahun dibelenggu sejarah rampasan kuasa berdarah dan ketidakstabilan politik.

Haiti diperintah tanpa tentera sejak 1995, ketika bekas presiden Jean-Bertrand Aristide membubarkan institusi itu sebaik kembali berkuasa selepas rampasan kuasa, sekali gus menyerahkan tugas keselamatan negara kepada polis nasional.

Penubuhan semula tentera menjadi topik yang memecah-belah di negara yang masih dibelenggu kesan buruk akibat gempa bumi dan taufan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pengkritik dan aktivis juga bimbang angkatan bersenjata akan campur tangan dalam politik dan merampas sumber penting dari pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Moise Khamis lalu menamakan bekas kolonel tentera, Jodel Lesage sebagai penyandang ketua komander tentera bagi melaksanakan operasi penuh.

Pelantikan itu bagaimanapun masih perlu diluluskan oleh senat Haiti. - Reuters

Berita Harian X