Khamis, 5 Oktober 2017 | 9:35am
PERABOT yang rosak selepas Taufan Maria melanda Juana Matos, di Catano, Puerto Rico. - Foto AFP

RUMAH yang musnah selepas dilanda Taufan Maria di Juana Matos, Catano, Puerto Rico. - Foto AFP
RUMAH yang musnah selepas dilanda Taufan Maria di Juana Matos, Catano, Puerto Rico. - Foto AFP

Trump mohon lebih RM120b bantu mangsa taufan

WASHINGTON: Pentadbiran Trump semalam, memohon dana bantuan bencana AS$29 bilion (RM122.6 bilion) bagi meringankan beban mangsa taufan di Texas, Florida dan Puerto Rico.

Permohonan itu termasuk AS$12.8 bilion (RM54.11 bilion) dana baharu bagi membantu mangsa ribut dan AS$16 bilion (RM67.64 bilion) bagi membiayai bayaran di bawah program insurans banjir Kerajaan Persekutuan.

Rumah Putih berkata, program itu bakal mencapai paras yang dibenarkan pihak berkuasa menjelang akhir bulan ini.

Sementara dana sebanyak AS$576.5 juta (RM2.44 bilion) pula bertujuan membiayai usaha menangani insiden kebakaran hutan di barat Amerika Syarikat.

RUMAH yang musnah selepas dilanda Taufan Maria di Juana Matos, Catano, Puerto Rico. - Foto AFP
RUMAH yang musnah selepas dilanda Taufan Maria di Juana Matos, Catano, Puerto Rico. - Foto AFP

Dalam pada itu, pengarah bajet Rumah Putih, Mick Mulvaney meminta semua agensi persekutuan mengemukakan anggaran dana tambahan yang diperlukan bagi melaksanakan program pemulihan bencana bagi tempoh jangka panjang.

Mulvaney berkata, kos itu hanya membabitkan kejadian ribut baru-baru ini dan ia perlu dikemukakan sebelum 25 Oktober ini.

Rumah Putih berkata, bantuan bencana itu bertujuan memastikan dana mencukupi bagi membiayai program pemulihan sehingga 31 Disember ini. - Reuters

Berita Harian X