Isnin, 28 Ogos 2017 | 1:50pm
POLIS Haiti.

Rakyat AS mati ditembak di Haiti

PORT-AU-PRINCE: Seorang rakyat Amerika Syarikat (AS) ditembak mati ketika masuk ke dalam sebuah kenderaan di kawasan pinggir bandar, di sini.

Polis Haiti berkata, insiden itu berlaku kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) di Petionville, sebuah kawasan kejiranan yang sibuk di atas bukit.

Sumber polis forensik berkata, warga Amerika itu yang masih belum dikenal pasti, mati di tempat kejadian dan ia dipercayai pembunuhan dengan niat.

Jabatan Negara AS berkata, mereka maklum berhubung laporan itu tetapi tidak mahu memberikan sebarang maklum balas disebabkan dasar perundangan negara.

Pada masa sama, seorang pejuang Haiti cedera ditembak dan kini menerima rawatan dengan kawalan polis di sebuah hospital tempatan. - AFP

Berita Harian X