Isnin, 31 Julai 2017 | 11:30am
Nikki Haley. - Foto AFP
Nikki Haley. - Foto AFP

AS desak China buat keputusan

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) sudah menghentikan perbincangan mengenai Korea Utara dan menggesa China membuat keputusan segera berhubung pelaksanaan sekatan lebih keras ke atas rakan sekutu mereka itu.

Duta AS ke PBB, Nikki Haley, dalam satu kenyataan berkata, resolusi baharu oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang tidak membawa kepada peningkatan tekanan antarabangsa ke atas Korea Utara, tidak membawa makna.

AS menerbangkan dua pengebom supersonic B-1B sebagai simbol kekuatan selepas Pyongyang melancarkan ujian kedua peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Jumaat lalu.

"China perlu memutuskan apakah mereka bersedia mengambil langkah penting ini. Tempoh berunding sudah berakhir," katanya.

Wakil China ke PBB belum memberi maklum balas berhubung kenyataan berkenaan.

AS sebelum ini mengadakan beberapa rundingan dengan rakan sekutu Korea Utara itu bagi membincangkan draf resolusi Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan sekatan lebih keras ke atas Korea Utara.

Selasa lalu, Haley berkata rundingan bersama China memperlihatkan perkembangan yang memberangsangkan. - Reuters

Berita Harian X