WASHINGTON: Rumah Putih melantik Sarah Huckabee Sanders sebagai Setiausaha Akhbar baharunya, berikutan peletakan jawatan Sean Spicer.
Pengumuman itu dibuat Pengarah Komunikasi Rumah Putih yang baharu dilantik, Anthony Scaramucci.
Menurut pegawai Rumah Putih, Spicer meletak jawatan sebagai membantah keputusan Trump melantik Scaramucci yang sebelum ini berkhidmat sebagai pakar kewangan Wall Street, selain penyokong kuat presiden itu. - AFP