Sabtu, 22 Julai 2017 | 1:37am
SETIAUSAHA akhbar Rumah Putih, Sean Spicer meletak jawatan. - Foto AFP
SETIAUSAHA akhbar Rumah Putih, Sean Spicer meletak jawatan. - Foto AFP

Setiausaha akhbar Rumah Putih letak jawatan

WASHINGTON: Setiausaha akhbar Rumah Putih, Sean Spicer meletak jawatan semalam kerana memprotes tindakan penyusunan semula pentadbiran Presiden Donald Trump.

Spicer adalah orang paling penting dalam pentadbiran Presiden, meletak jawatan hanya selepas enam bulan berkhidmat.

Sejak beberapa minggu lalu, beliau seolah-olah dipinggirkan terutama selepas Trump melantik Anthony Scaramucci sebagai pengarah komunikasi baharu dalam cubaan untuk memulihkan imej pentadbiran yang terpalit dengan skandal. - AFP

Berita Harian X