Isnin, 12 September 2022 | 8:53pm
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

9 maut pelanggaran bot di Madagascar

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya sembilan maut dengan ramai lagi hilang selepas sebuah bot penumpang bertembung dengan kapal kargo di sungai di barat laut Madagascar.

Agensi Pelabuhan Sungai dan Maritim (APMF) memaklumkan, kanak-kanak antara 35 penumpang yang menaiki bot sepanjang lapan meter itu ketika pelanggaran berlaku di Sungai Loza dekat Antsohihy, petang semalam.

Ketua Pengarah APMF, Jean-Edmond Randrianantenaina, berkata beberapa penumpang berjaya berenang ke darat, namun yang lain tidak dapat dikesan.

"Kami belum mengetahui apa yang berlaku kepada penumpang lain," katanya mengesahkan operasi menyelamat masih dijalankan.

Agensi itu memaklumkan, bot penumpang itu sedang belayar dari Ambiky apabila dirempuh sebuah kapal kargo dan karam serta-merta.

Randrianantenaina berkata, kemalangan itu kemungkinan berlaku disebabkan kurang pencahayaan pada bot penumpang.

"Kapal kargo itu lari selepas pelanggaran, tetapi kami berjaya mengejarnya," katanya memaklumkan polis sedang menyoal siasat anak kapal.

Pada Disember tahun lalu, sebuah bot karam di pantai timur laut Madagascar, meragut 88 nyawa, kebanyakannya pekerja bermusim yang pulang ke rumah selepas menuai bunga cengkih. - AFP

Berita Harian X