Isnin, 2 Mei 2022 | 12:23pm
Raja Mahgribi, Raja Mohammed VI. - Foto AGENSI
Raja Mahgribi, Raja Mohammed VI. - Foto AGENSI

Raja Maghribi ampun 958 banduan di ambang Aidilfitri

RABAT: Raja Mahgribi, Raja Mohammed VI mengurniakan pengampunan kepada 958 banduan sempena sambutan Aidilfitri, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Kehakiman negara itu sebagai berkata demikian dalam satu kenyataan semalam.

Maghribi menyambut Aidilfitri hari ini, yang menandakan berakhirnya bulan mulia Ramadan.

Menurut kenyataan itu lagi, 29 banduan yang disabitkan kesalahan kerana aktiviti pelampauan dan keganasan antara mereka yang menerima pengampunan, selepas mereka menyertai inisiatif yang dilancarkan kerajaan Maghribi untuk memulihkan golongan itu.

Daripada 29 orang itu, 23 orang dibebaskan, sementara hukuman bagi enam orang lagi dikurangkan. - BERNAMA

Berita Harian X