Ahad, 4 April 2021 | 7:01am
Gambar hiasan. Lima orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah restoran di Mogadishu.
Gambar hiasan. Lima orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah restoran di Mogadishu.

5 terbunuh letupan pengebom berani mati

MOGADISHU: Lima orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah restoran di bandar ini, malam kelmarin, kata polis Somalia.

Jurucakap polis, Sadiq Dudishe dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian jam 7 malam, seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di restoran yang sering dikunjungi oleh pemuda itu.

"Enam orang, empat daripadanya pemuda, seorang kanak-kanak, dan pengebom bunuh diri mati dalam letupan itu manakala empat yang lain cedera.

"Seorang saksi berkata, pengebom itu berjalan ke arah orang ramai yang sedang minum teh di restoran berkenaan yang terletak berhampiran balai polis.

"Saya keluar daripada restoran yang hanya beberapa ratus meter dari tempat letupan berlaku, saya terkejut dengan letupan itu dan sangat besar.

"Saya melihat orang bergegas ke tempat kejadian dan mangsa yang cedera diberi rawatan kecemasan," kata saksi,Ali Mohamed.

Ali juga berkata, polis sudah mengepung kawasan kejadian...saya melihat beberapa mayat dibawa ke ambulans.

"Saya kenal dua daripada mangsa kerana tinggal berjiran dengan saya," katanya.

Setakat ini tiada kumpulan militan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan. - AFP

Berita Harian X