Jumaat, 12 Jun 2020 | 7:10am
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: WHO bimbang peningkatan kes di Afrika

GENEVA: Peningkatan kes COVID-19 di Afrika mencetuskan kebimbangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pada awalnya, benua itu merekodkan 100,000 kes dalam tempoh 98 hari, namun meningkat ke 200,000 dalam tempoh 18 hari.

Pengarah Serantau WHO Untuk Afrika, Dr Matshidiso Moeti, berkata walaupun kes di benua itu hanya mewakili satu pertiga daripada kes global, peningkatan ketara memberi petunjuk jelas pandemik itu menular dengan pantas.

Afrika mencatat 5,600 kematian sehingga kini. Sebahagian besar kes COVID-19 dikesan menerusi kemasukan pelancong dari Eropah.

Sejumlah 10 daripada 54 negara di Afrika mencatatkan peningkatan kes.

Sementara Afrika Selatan mewakili 25 peratus daripada keseluruhan kes di benua berkenaan. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X