Selasa, 2 Jun 2020 | 9:52am
Pusat rawatan wabak Ebola di Mangima, Congo. - Foto The New York Times
Pusat rawatan wabak Ebola di Mangima, Congo. - Foto The New York Times

Selain COVID-19, Congo berdepan wabak Ebola

GENEVA: Selain COVID-19 dan campak, Congo berdepan dengan satu lagi krisis kesihatan iaitu penularan wabak Ebola, sekali gus menambah satu lagi masalah kesihatan yang sedang melanda negara berkenaan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan mengenai perkara itu namun sehingga kini negara berkenaan masih belum mengisytiharkan secara rasmi bahawa wabak Ebola sudah tamat di timur negaranya di mana lebih 2,000 maut sejak Ogos 2018.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata kes baharu Ebola juga dikesan di mana pihak berkuasa kesihatan Congo sudah mengenal pasti enam kes di utara Mbandaka di wilayah Equateur.

"Dalam pada itu, Pemerintah Republik Demokratik Congo (DRC) hari ini mengumumkan bahawa penularan baharu virus Ebola juga dikesan dekat bandar Mbandaka di wilayah Equateur.

"Kes terbaharu ini dikesan di bahagian lain iaitu di barat DRC. WHO akan terus menyokong DRC dalam menangani wabak Ebola dan COVID-19," katanya. - Agensi

Berita Harian X