Rabu, 27 Mei 2020 | 9:52am

Dua askar terbunuh, serangan di Cameroon

CAMEROON: Dua askar terkorban awal pagi Isnin lalu apabila pejuang jihad yang melintasi dari Nigeria bertindak menyerang kubu militan di utara Cameroon, menurut sumber.

Dalam serangan, tujuh lagi askar dilaporkan tercedera dalam letupan lombong di kawasan perkampungan sama.

Letupan berlaku ketika kenderaan yang dinaiki sekumpulan askar melalui laluan itu, tentera kolonel.

Letupan dan serangan itu berlaku di Soueram, dekat dengan sempadan Nigeria di wilayah Utara Jauh, di Cameroon, menurut kolonel dan seorang pegawai tempatan kepada AFP.

"Dua askar Cameroon terbunuh dalam serangan semalam, manakala lima pejuang jihad meninggal dunia dalam serangan balas," katanya.

Beliau mengaitkan serangan itu dengan pelampau dari kumpulan militan Negara Islam Wilayah Afrika Barat (ISWAP) iaitu sebuah kumpulan yang berpecah dari kumpulan Boko Haram.

Sementara itu, pemimpin tempatan yang tidak mahu identitinya didedahkan, mengesahkan kejadian serangan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ada yang terkorban dalam insiden berkenaan.

Wilayah berkenaan terus diserang sejak 2014 oleh pejuang jihad dari Timur Laut Nigeria.

Kempen oleh Boko Haram itu membunuh lebih 27,000 orang sejak 2009, beberapa ribu lagi di Cameroon dan mengakibatkan dua juta orang bergelut dalam krisis kemanusiaan di wilayah Lake Chad.

Boko Haram berpecah kepada dua kumpulan pada 2016, dan militan itu dipimpin oleh Abubakar Shekau.

Selepas perpecahan itu, ISWAP mendakwa mereka kini adalah pengikut setia kepada kumpulan pemberontak, Islamic State (IS). –AFP

Berita Harian X