Sabtu, 16 Mei 2020 | 11:09am
Penduduk Senegal bersolat dengan mengamalkan penjarakan sosial. (Foto/AFP)
Penduduk Senegal bersolat dengan mengamalkan penjarakan sosial. (Foto/AFP)

COVID-19: Beberapa masjid di Senegal dibenarkan solat

DAKAR: Beberapa masjid di Senegal mula dibuka semalam, selepas kerajaan melonggarkan sekatan, biarpun masih ada yang tetap ingin berada di dalam rumah saja.

Presiden Senegal, Macky Sall, berkata orang ramai boleh melakukan solat di Afrika Barat, namun perlu mematuhi peraturan penjarakan sosial, dengan hampir 90 peratus penduduknya ialah Muslim.

Sementara itu, di ibu kota Dakar, ribuan orang ke masjid Massalikul Jinaan iaitu antara masjid yang terbesar di Afrika Barat dan tergolong dalam persaudaraan Mouride yang kuat.

Jurucakap masjid, Mor Daga Sylla berkata, pihak berkuasa masjid menekankan untuk membasuh tangan dan jarak satu meter setiap seorang.

"Kami tidak berkompromi," katanya.

Perkara sama turut berlaku di Mao, di mana air dan sabun diletakkan di hadapan masjid dan semua yang datang memakai topeng muka.

Sehingga kini, Senegal mencatatkan 2,310 kes dengan 25 kematian. Namun sebagai antara negara yang miskin, wujud ketakutan bahawa virus ini akan merebak semula dengan lebih besar.

Beberapa institusi keagamaan masih tidak dibuka lagu berikutan kebimbangan selain masjid utama di ibu kota seperti Dakar Grand dan Cheikh Oumar Foutiyou turut masih ditutup, bimbang risiko kesihatan.

Senegal turut menutup sekolah dan sempadan, larangan perjalanan dan perintah berkurung pada malam hari bagi mengelakkan penyebaran virus itu, AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X