Rabu, 29 April 2020 | 6:56pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

COVID-19: 13 doktor di Ghana dijangkiti

ANKARA: Sekurang-kurangnya 13 doktor di Ghana dijangkiti COVID-19 akibat menggunakan peralatan perlindungan tidak berkualiti, lapor agensi berita Anadolu.

"Virus menyerang hampir semua orang, tanpa mengenal orang kaya, miskin, berpendidikan atau tidak termasuk pegawai kesihatan," kata ahli Persatuan Perubatan Ghana, Paa Baidoo, semalam.

Beliau berkata, jangkitan itu disebabkan peralatan yang diedarkan di pusat kemudahan kesihatan, tidak berkualiti, sekaligus mengancam nyawa petugas.

Ghana setakat ini merekodkan 1,671 kes COVID-19 dengan 16 kematian, manakala 188 pesakit pulih, menurut data Johns Hopkins University.

Ahad lalu, Presiden Nana Akufo-Addo mengumumkan sekatan pergerakan ditarik balik di bandar Accra, Kumasi, Tema dan Kasoa. - BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X