Sabtu, 18 April 2020 | 1:20pm
Abba Kyari (kanan) yang penasihat kanan Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari meninggal dunia disebabkan COVID-19. - Foto Agensi
Abba Kyari (kanan) yang penasihat kanan Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari meninggal dunia disebabkan COVID-19. - Foto Agensi

COVD-19: Penasihat pemimpin kanan Nigeria meninggal dunia

ABUJA: Penasihat kanan kepada Presiden Nigeria, Muhammadu Buhari meninggal dunia disebabkan COVID-19, kata pejabat presiden itu hari ini.

Dalam kenyataan itu, dengan penuh rasa sedih, Abba Kyari, penasihat kanan presiden sudah meninggal dunia, pegawai kepercayaan Buhari, negara yang mempunyai penduduk teramai di Afrika itu.

“Kyari, 70-an sebelum ini menjalani rawat selepas disahkan positif virus itu, bagaimanapun menghembuskan nafas akhirnya kelmarin.

“Moga Tuhan merahmatinya,” kata kenyataan itu.

Kematian Kyari ialah individu berprofil paling tinggi di Nigeria yang kini mengorbankan 17 nyawa dan 493 kes jangkitan.

Teknokrat berpengaruh itu juga dilaporkan mempunyai masalah kesihatan lain, dikenali sebagai tokoh dominan dalam kumpulan penasihat yang mempunyai hubungan rapat dengan Buhari.

Dia dilaporkan mengawal ketat akses kepada presiden yang berusia 77 tahun, seorang bekas pemerintah tentera yang kini dalam penggal kedua pemimpin yang dipilih secara demokratik, mengawasi mesyuarat penting dan mempersetujui pelantikan menteri.

Kyari didapati positif wabak itu pada hujung Mac lalu selepas kembali dari Jerman, sekali gus memaksa semua pegawai kanan yang mempunyai kontak dengannya menjalani kuarantin diri.

Dalam kenyataan media pada 29 Mac lalu, Kyari dipindahkan ke bandar terbesar Lagos bagi menjalani rawatan di hospital swasta dan mengharapkannya kembali sembuh untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Setakat ini belum ada pengesahan rasmi mengenai Buhari sama ada sudah menjalani ujian atau sebaliknya, namun sering muncul menyampaikan pidato di televisyen mengenai usaha dan sekatan mengekang penyebaran virus berkenaan.

Pemerintah pusat mengarahkan penutupan pusat ekonomi Nigeria, Lagos dan ibu kota Abuja, sementara gabenor negara memperluaskan langkah ke wilayah lain.

Pakar mengatakan bahawa negara yang mempunyai seramai 200 juta penduduk sangat berisiko tinggi terhadap penyakit berjangkit itu, berikutan sistem penjagaan kesihatannya yang lemah dan kepadatan penduduk yang tinggi. - AFP

Berita Harian X