Jumaat, 3 April 2020 | 9:12pm
Lebih lima juta penduduk di rantau Sahel di kawasan konflik Afrika berdepan masalah kebuluran.
Lebih lima juta penduduk di rantau Sahel di kawasan konflik Afrika berdepan masalah kebuluran.

COVID-19: Negara Afrika dilanda konflik berdepan kebuluran

DAKAR: Lebih lima juta penduduk di rantau Sahel di kawasan konflik Afrika berdepan masalah kebuluran apabila COVID-19 kini tersebar dan menjejaskan banyak negara, menurut Program Makanan Dunia (WFP).

WFP menyatakan keadaan di Sahel, Mali dan Niger, antara tiga negara paling miskin di dunia dan sedang bergelut dengan puak pemberontak, sangat membimbangkan selain memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan kini berada di luar kawalan.

Dalam pada itu, sistem penjagaan kesihatan mereka juga sangat rapuh dan bimbang konflik yang berlaku menjadikan mereka berisiko berdepan wabak COVID-19.

"Mesej kami kepada dunia adalah jelas ... pandang ke depan sekarang dan lihat kesannya hampir sama seperti bencana," kata Pengarah Afrika Barat WFP, Chris Nakoi.

Menurut WFP, hampir 2.1 juta orang berdepan masalah kekurangan makanan di Afrika Barat sehingga Jun ini.

Burkina Faso mencatatkan rekod 288 kes COVID-19 dan 16 maut, manakala negara jiran, Mali dan Niger turut berada dalam keadaan yang sama apabila 1.3 juta orang berdepan masalah kebuluran di Mali dan dua juta pula di Niger.

WFP menyatakan hampir RM904 juta diperlukan sehingga Ogos ini untuk bantuan makanan dengan jumlah penduduk yang keluar dari rumah akibat konflik semakin meningkat di Sahel.

Mali mencatatkan sebanyak 31 kes COVID-19 dan Niger pula 74 kes. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X