Khamis, 19 March 2020 | 12:36am
Kapal persiaran milik Itali, AIDAmira yang membawa penumpang kebanyakannya rakyat Jerman yang berlabuh di pelabuhan Cape Town di kuarantin berikutan disyaki ada penumpangnya dijangkiti COVID-19. - Foto AFP
Kapal persiaran milik Itali, AIDAmira yang membawa penumpang kebanyakannya rakyat Jerman yang berlabuh di pelabuhan Cape Town di kuarantin berikutan disyaki ada penumpangnya dijangkiti COVID-19. - Foto AFP

COVID-19: Afrika Selatan larang kapal persiaran berlabuh di pelabuhannya

CAPE TOWN: Afrika Selatan menguat kuasa larangan menyekat kapal persiaran daripada memasuki semua pelabuhan, iaitu sebagai langkah terbaharu membendung penularan coronavirus (COVID-19), mulai hari ini.

Menteri Pengangkutannya, Fikile Mbalula, berkata lebih 1,700 penumpang terkandas yang menaiki sebuah kapal di pesisir pantai Cape Town berikutan kebimbangan ada daripada mereka dipercayai membawa virus itu.

“Larangan ini berkuat kuasa hari ini, bahawa tiada kapal persiaran dibenarkan memasuki pelabuhan atau sesiapa saja tidak boleh meninggalkan Afrika Selatan,” katanya pada sidang akhbar, di sini.

Di samping menguatkuasa peraturan baharu itu, Mbalula juga mengisytihar bahawa tiada kapal penumpang dibenarkan berlabuh di pelabuhan negaranya.

“Pada asasnya, larangan ini menyeluruh kepada semua kapal persiaran, namun peraturan sama turut memberi kesan kepada seluruh pelancong,” katanya yang mendedahkan angka terkini di negaranya sudah melepasi 100 kes.

Sementara itu, Pihak Berkuasa Maritim Afrika Selatan, Transnet, berkata, `penahan had pelabuhan’ kepada kapal persiaran milik Itali, AIDAmira, yang dilaporkan tiba dari negara jiran, Namibia, Ahad lalu

Mbalula berkata, enam kapal penumpang lain sedang menuju ke negaranya, Afrika Selatan biarpun undang-undang baharu berkuat kuasa.

Bulan lalu, kapal persiaran Diamond Princess dikuarantinkan di luar pantai Jepun dilaporkan lebih 700 daripada 3,700 penumpangnya positif COVID-19.

Ketika Afrika Seltan merekodkan 116 kes positif iaitu paling tertinggi di Sub-Sahara Afrika. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X