Sabtu, 14 March 2020 | 7:39am
Pesakit memakai topeng menuju masuk ke Hospital Besar Yaounde di Yaounde pada 6 Mac, 2020 ketika Cameroon mengesahkan kes pertama COVID-19 coronavirus. - Foto AFP
Pesakit memakai topeng menuju masuk ke Hospital Besar Yaounde di Yaounde pada 6 Mac, 2020 ketika Cameroon mengesahkan kes pertama COVID-19 coronavirus. - Foto AFP

COVID-19: Mauritania sahkan kes pertama

NOUAKCHOTT: Mauritania mengesahkan kes pertama COVID-19 di negara itu, sekali gus meningkatkan jumlah kes di Afrika Barat.

Menteri Kesihatan, Mohamed Nedhirou Ould Hamed, berkata kes itu membabitkan warga asing yang diuji positif pada Jumaat.

"Dia diasingkan segera,” kata menteri itu.

Sementara itu menurut kenyataan Kementerian Kesihatan yang dikeluarkan pada hari sama mengesahkan lelaki berkenaan adalah ekspatriat dari Eropah yang memasuki negara itu Isnin lalu.

Lelaki berkenaan menjalankan pengasingan kendiri selepas rakannya di Eropah disahkan positif COVID-19.

Menteri Kesihatan juga memberi jaminan kerajaan akan menghentikan penerbangan dari Perancis.

Guinea mencatatkan kes coronavirus pertama juga pada Jumaat, manakala Senegal yang berkongsi sempadan dengan Mauritania melaporkan 11 kes baharu jangkitan menjadikan jumlah kes 19. - AFP

Turut merekodkan kes COVID-19 adalah Ivory Coast, Ghana, Burkina Faso dan Nigeria.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X