Selasa, 10 March 2020 | 7:05am
Pandangan umum menunjukkan lokasi kejadian percubaan pembunuhan terhadap Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok, yang selamat dari serangan dengan bahan letupan di Khartoum. - Foto AFP
Pandangan umum menunjukkan lokasi kejadian percubaan pembunuhan terhadap Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok, yang selamat dari serangan dengan bahan letupan di Khartoum. - Foto AFP

Konvoi PM Sudan diserang, terselamat dalam cubaan bunuh

KHARTOUM: Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok semalam, selamat tanpa sebarang kecederaan selepas serangan bom dan senjata menyasarkan konvoinya ketika dalam perjalanan ke ibu kota Khartoum.

Serangan ke atas Hamdok, seorang pakar ekonomi berpengalaman yang dilantik menerajui kerajaan sementara Ogos lalu selepas Presiden Omar al-Bashir digulingkan tahun lalu, berlaku di daerah Kober di timur laut Khartoum dan menampakkan kerapuhan peralihan Sudan kepada pemerintahan awam.

"Letupan berlaku ketika kereta Perdana Menteri Abdalla Hamdok sedang bergerak tetapi terima kasih kepada Tuhan kerana tidak ada yang cedera," kata Ali Bakhit, pengarah pejabat Perdana Menteri di laman Facebook.

Agensi berita rasmi Sudan SUNA, menyebut Hamdok, yang kemudian mempengerusikan mesyuarat luar biasa Kabinet, berada dalam "kesihatan yang baik dan di tempat yang selamat".

Penyerang-penyerang yang tidak dikenali itu melakukan serangan "sekitar jam 9 pagi di pintu masuk ke jambatan Kober ... pada masa Hamdok biasanya menuju ke pejabatnya" di pusat bandar, kata SUNA.

Gambar fail, Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok. - Foto AFP
Gambar fail, Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok. - Foto AFP

Anggota keselamatan berdiri berhampiran bangkai kereta yang musnah selepas letupan mensasarkan konvoi Perdana Menteri Sudan Abdalla Hamdok berhampiran Jambatan Kober di Khartoum, Sudan. - Foto REUTERS

Kabinet berkata, letupan dan pelbagai tembakan menyasarkan konvoi.

Imej-imej di televisyen negara menunjukkan sekurang-kurangnya dua kenderaan yang rosak di tapak letupan, yang kemudiannya dikepung oleh polis.

Hamdok, 64, menulis di akaun Twitter rasminya bahawa beliau tidak cedera, dan memuat naik dua gambarnya yang tersenyum sambil duduk di meja.

"Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Sudan saya selamat dan dalam keadaan baik," katanya.

Beliau kemudian muncul di televisyen dengan bertukar pelukan bersama tokoh masyarakat. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X