Isnin, 9 March 2020 | 5:06pm
Perdana Menteri kerajaan sementara Sudan, Abdullah Hamdok. - Foto Reuters
Perdana Menteri kerajaan sementara Sudan, Abdullah Hamdok. - Foto Reuters

Perdana Menteri Sudan terselamat cubaan bunuh

KHARTOUM: Perdana Menteri Sudan, Abdullah Hamdok, terselamat dalam cubaan bunuh terhadap konvoi membawa beliau di Khartoum.

Sumber Kabinet dan stesen televisyen memaklumkan, Hamdok, yang dilantik menerajui kerajaan sementara selepas Presiden Omar al-Bashir digulingkan tahun lalu, sudah dibawa ke lokasi selamat.

Siaran televisyen dan media sosial menunjukkan konvoi membabitkan beberapa kenderaan utiliti sukan (SUV) berwarna putih yang rosak teruk.

Tiga saksi memberitahu Reuters bahawa serangan berlaku berhampiran pintu masuk utara ke jambatan Kober, yang menyambungkan Khartoum Utara ke pusat bandar, lokasi pejabat Hamdok. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X