Sabtu, 7 March 2020 | 1:55pm

COVID-19: Arab Saudi hadkan ketibaan dari 3 negara

KAHERAH: Arab Saudi hari ini mengehadkan lintasan sempadan darat dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Bahrain hanya boleh diseberangi trak komersial sebagai langkah mengekang penularan COVID-19.

Agensi berita SPA melaporkan, ketibaan dari tiga negara terbabit juga dihadkan sementara kepada tiga lapangan terbang atas tujuan sama.

Lapangan terbang berkenaan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid di Riyadh; Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah; dan Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd, Dammam.

Sementara itu, Kementerian Sukan Arab Saudi semalam mengumumkan kehadiran orang ramai di semua acara sukan, digantung mulai hari ini.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, langkah berkenaan diambil bagi menghalang jangkitan coronavirus di tempat tumpuan orang ramai, dan penggantungan terbabit berterusan hingga makluman lanjut. - REUTERS

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X