Jumaat, 28 Februari 2020 | 12:00pm
Gambar menunjukkan suasana lengang di pintu masuk China Commercial City, atau lebih dikenali sebagai ‘China Town’ di Ojota, Lagos, berikutan kerisauan terhadap penularan COVID-19. Nigeria sudah mengesahkan kes jangkitan pertama. Foto AFP

COVID-19: Nigeria sahkan kes pertama

LAGOS: Nigeria hari ini mengesahkan mangsa pertama jangkitan COVID-19, juga kes pertama di kawasan sub Sahara Afrika.

Kementerian Kesihatan negara itu, dalam satu kenyataan, berkata mangsa berasal dari Lagos, bandar terbesar dan berpenduduk paling padat di Afrika dengan lebih 20 juta orang.

“Ini kes pertama di Nigeria, yang disahkan semalam, sejak wabak coronavirus mula merebak di China Disember lalu,” katanya di laman sesawang http://bit.ly/2HZQrO0.

Harapan bahawa penularan wabak COVID-19 dapat dibendung dan dikawal semakin pudar apabila lebih banyak negara mengesahkan jangkitan dan mula mengumpul stok alat perubatan.

Sementara itu, sektor pelaburan turut suram dengan pelabur mengambil pendekatan tunggu dan lihat, sekali gus meningkatkan potensi berlaku kemelesetan ekonomi global.

recession. (Reporting by Rama Venkat in Bengaluru and Alexis Akwagyiram in Lagos; Editing by Himani Sarkar and Clarence Fernandez). - REUTERS

Berita Harian X