Khamis, 10 Oktober 2019 | 7:59am
Keadaan banjir di beberapa kawasan perbandaran Selembo, Kinshasa. - Foto AFP

6 maut akibat hujan lebat di Congo

KINSHASA: Enam orang maut di Republik Demokratik Congo (DRC) selepas hujan lebat yang melanda ibu kota Kinshasa dan turut menyebabkan banjir di beberapa kawasan kejiranan berdekatan.

Dalam bencana itu, dua mayat dijumpai pada malam Selasa dan pagi Rabu.

Datuk Bandar Kinshasa, Augustin Mankesi memberitahu stesen radio Top Congo berkata, lima orang maut di perbandaran Selembo di mana kira-kira 30 buah rumah runtuh.

Tambahnya, seorang wanita maut di daerah Pelende selepas terkena renjatan elektrik.

“Komuniti setempat terjejas,” katanya sambil menyeru supaya pihak berkuasa Congo menyalurkan bantuan secepat mungkin.

Menurut pihak berkuasa, kemalangan jiwa akibat bencana banjir sering berlaku di Kinshasa. Pada Januari tahun lalu, kira-kira 48 orang maut akibat tanah runtuh, banjir dan rumah runtuh.-AFP.

Berita Harian X