Ahad, 6 Oktober 2019 | 8:05am

20 maut dalam serangan lombong emas Burkina Faso

OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dalam satu serangan di sebuah lombong emas di utara Burkina Faso, kata sumber keselamatan hari ini.

Ia insiden pertempuran ganas terbaru yang dikaitkan dengan kebangkitan kumpulan pelampau.

“Beberapa individu bersenjata menyerang tapak lombong emas terbabit di Dolmane mengakibatkan 20 orang terbunuh, kebanyakannya pelombong emas, kata satu sumber.

Serangan pada Jumaat lalu itu berlaku tidak jauh dari lokasi di mana puak pelampau dipercayai meletupkan jambatan yang menghubungkan dua bandar di utara, pertengahan September lalu. - AFP

Berita Harian X